22 June 2013

Taman Tema Baru di Malaysia~!

Assalamualaikum & salam sejahtera~

Rin tengah bosan2 tengok lah facebook fanpage JB Cool. Saje nak tahu perkembangan lanjut mengenai negeri yang Rin menetap ni, negeri Johor. Rin orang johor & Rin sayangkan Johor walaupun negeri Johor ni tak lah semaju negeri Selangor.

Kadang2 ade lah jealous sikit sebab kebanyakkan events atau tempat2 yang best semua die buat kat Selangor. Tapi Rin tetap sabar dan duduk diam2 kat Johor ni sebab Rin tahu Johor sekarang tengah membangun. Tapi sedar tak sedar. Rupenye banyak bangunan baru tengah dalam pembangunan! Tibe2 je bangunan2 ni muncul!

Rin teringat kat Johor ni tak banyak taman tema...terutamanye taman tema air, teringin jugak nak main2 air kat swimming pool. [dah macam budak kecik!~] Kalau kat Selangor ade Sunway Lagoon, iCity Shah Alam, Wet World Shah Alam Water Park, Desa Water Park, Asian Water Sport Village Puchong.

Danga Bay pulak tengah renovate, kalau ikutkan dulu tu je la satu2 nye tempat yang best singgah, tapi sekarang kalau datang hanya ada pasir2 untuk ditambak.....[banyak pulak Rin membebel].
Okay back to the topic~ Nah senarai taman tema baru yang akan wujud di negara Malaysia!
  1. Legoland Malaysia (Dibuka 2012) 
  2. Hello Kitty Town & Little Big Club Iskandar Johor (Dibuka 2013)
  3. Taman Air Tiram, Johor (Sea World Theme dan Indoor)
  4. Melaka Bird Park (Terbesar di Asia)
  5. Jurassic Park Melaka (Pertama di Asia dan Pembukaan pada tahun 2014/15) 
  6. Sea World Melaka (Pembukaan pada 2014/2015) 
  7. Hang Tuah Village Melaka (sepatutnya siap pada pertengahan 2013) 
  8. Angry Bird Theme Park, Johor (Pembukaan pada 2014) 
  9. Park Eco Marine Tema Klebang Melaka (belum disahkan pada tarikh siap) 
  10. Ocean Quest taman laut dan Ocean Splash Water Park, Desaru Johor (Pembukaan 2015/16) 
  11. Malaysia Air Legoland (Pembukaan pada 2014)
  12. Dinosaur Water Park di KSL Hotel and Resort Johor (Pembukaan 2014)
  13. Safari Park Gambang Bukit, Kuantan (Dibuka Jun 2013)
  14. Escape AdventurePlay Theme Park Pulau Pinang (Dibuka 2013)
  15. Splash Park Port Dickson (Opening 2015) 
  16. Taman Tema Eco Langkawi (Pembukaan 2015) 
  17. Upin dan Ipin Theme Park (A Disneyland gaya taman, ia masih khabar angin sama ada Sepang atau Ipoh, pengesahan tidak spekulasi tetapi dibuka pada 2015)


Bile tengok je list ni, bersyukur ade jugak yang baik hati nak buat taman tema kat Johor...huhu [terharu]. Melaka dan Johor akan ade banyak bangunan/bende baru nihhh...Tak lame lagi mule lah cuti2 Malaysia hahaha~
Ape lagi kumpul duit banyak2 baru boleh melancong~!


-the list of new theme park is subject to change-

4 comments:

  1. Replies
    1. Cepatnye~ Rin yang duduk kat johor pun tak pergi lagi

      Delete
  2. banyak lagi Taman Tema yang akan dibuka ye...bagus ni..boleh jalan2 nanti..hee

    ReplyDelete